SHAH ALAM: Selepas lebih 72 jam negara kehilangan anjing pengesan yang telah banyak berjasa dalam misi menyelamat, dikenali sebagai Blake, kini penjaganya, Salbuddin Salleh pula membuat kejutan apabila membuat keputusan untuk memeluk agama Islam pada Jumaat.
Perkara tersebut dikongsikan melalui satu hantaran di akaun TikTok @iraqmantul bersama video yang menunjukkan Salbuddin, 34, sedang melafazkan kalimah syahadah pada ketika itu.
Video berkenaan turut diletakkan dengan kapsyen ‘Kepergian mu Blake memberi hikmah kepadaku untuk berhijrah’.
Penghijrahan Salbuddin yang juga anggota bomba Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu meraih reaksi positif daripada netizen menerusi ruangan komen.
BACA: Hero Batang Kali, 'Blake' pergi buat selamanya
Perkongsian video berkenaan mendapat 47,900 tontonan, 4,644 tanda suka, 974 komen dan 815 hantar semula setakat jam 12.38 malam.
Salah seorang pengguna TikTok, DhiaBlake, mengucapkan tahniah kepada Salbuddin atas penghijrahannya itu.
“Syukur Alhamdulillah. Tahniah sahabatku papa Blake, selamat datang saudara seIslamku,” katanya menerusi ruangan komen dalam hantaran tersebut.
Selain itu, seorang lagi pengguna TikTok, Sally Lee, turut mendoakan semoga Salbuddin terus istiqamah dengan penghijrahannya.
“Alhamdulillah. Semoga terus istiqamah dik. Doa yang baik-baik buat kamu dan keluarga,” ujarnya.
Difahamkan, Salbuddin melafazkan kalimah syahadah di sebuah masjid di Shah Alam dan ditemani oleh bapa saudara dan sepupunya sebagai saksi pada pagi tadi.
Pada Selasa, Blake terpaksa ditidurkan (euthanized) pada jam 4.38 petang Isnin selepas dikesan menghidapi barah.
Blake yang juga dikenali antara hero terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember tahun lepas, didiagnosis menghidap barah limfoma tahap empat pada 15 Ogos lalu.
Blake merupakan anjing baka English Springer Spaniel yang berasal dari United Kingdom dan merupakan perolehan JBPM pada 2017.
Anjing pengesan itu telah banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian yang dijalankan oleh JBPM di seluruh negara, antaranya mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Lorong 16, Kampung Kenangan, Selangor.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 23 2023
Penghijrahan Salbuddin yang juga anggota bomba Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu meraih reaksi positif daripada netizen menerusi ruangan komen. - Foto ihsan pembaca
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Penjaga anjing K9 'Blake' peluk Islam
Penjaga anjing pengesan K9 bernama Blake, Salbuddin Salleh membuat kejutan apabila membuat keputusan untuk memeluk agama Islam.
Gempa bumi Turkiye: Denti dan Frankie tangkas beraksi dalam operasi SAR
Aksi lincah anjing pengesan milik unit K9 JBPM itu ketika mengesan mangsa yang tertimbus, memperlihatkan ketangkasan haiwan itu.
12 anjing bakal 'sertai' Unit K9 JBPM tahun ini
Dua belas anjing pengesan (K9) bakal 'menyertai' Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kata Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.
Tanah runtuh Batang Kali: Laungan azan ikhtiar jejaki mangsa terakhir
Sekali lagi laungan azan berkumandang sebagai ikhtiar menjejak kedudukan seorang lagi mangsa.